 |
 |
|
BELAJAR CARA-CARA MEMBUAT LAMAN WEB SENDIRI DENGAN PERISIAN CANGGIH PERCUMA
|
 |
 |
|
Bagi
anda yang ingin membina laman web, tetapi tidak punya masa untuk
belajar kod2 html yang memeningkan kepala, atau tidak mahu
mempelajarinya, anda sebenarnya berada ditempat yang betul. Mungkin
anda bukan sahaja ingin buat website, tetapi anda juga inginkan website
anda itu kelihatan seperti professional. Seluruh website ini
boleh dibuat dengan senang-senang saja menggunakan program canggih ini.
Malah anda boleh buat lebih menarik dan segak daripada ini. Download.
( <--klik pdanya kemudian terus scroll ke bawah dan klik pada ‘free
website design sofware) Untuk menggunakan perisian lain, senarainya ada
saya beri disebelah kanan bawah sana.
Standard Toolbar perisian ini. Panduan 1- langkah pertama.
Langkah pertama untuk membuat website anda itu, anda dapatkan perisian
atau program canggih yang saya cadangkan ini dahulu. Ia akan dijadikan
sebagai platform untuk membuatnya dengan mudah sekali kerana program
ini bagi saya adalah yang paling sesuai untuk kita yang baru belajar.
Saya telah mencuba banyak perisian membuat laman web termasuklah
program tercanggih yang ada sekarang ini dan semuanya itu memerlukan
kita sedikit sebanyak mengetahui istilah-istilah rumit yang ada didalam
program itu untuk membinanya. Saya juga ada menyediakan sedikit lagi panduan bagi memudahkan kita untuk mencapai matlamat 3-4 hari dah ada dalam internet.

Terdapat
banyak fungsi2 rumit didalam perisian ini seperti Ad-banner, Picture
Loader, Picture Rollover, Rotating Picture, Screen Door, Site Mapper,
Ticker Tape, Time Base Picture, Go Menu, memasukkan Hotspot, butang
navigasi yang telah sedia ada, Photo Gallery, E-Commerce Catalog yang
kesemuanya bukan mudah kalau nak buat sendiri. Itu belum lagi kalau
tersilap dalam memasukkannya. Ada sesetengah ikon anda perlu klik
(jangan lepaskan >) kemudian akan keluar ikon lain.
Begitu
juga untuk memasukkan komponen lain seperti Video, muzik, atau apa jua
rakaman dalam format Flash, ShockWave, QuickTime, Windows Media Player,
Real Player yang semuanya semudah klik pada ikon itu, buat kotak dimana
anda mahu ia ditempatkan, dan pilih video atau muzik itu didalam
komputer anda, siap. Begitu mudah. Tak perlu lagi kita meranduk kod2
html untuk bina laman web tu. Download
Program
ini percuma. Bukan free-trial untuk beberapa hari seperti program hebat
yang lain. Melainkan kalau anda mahu versi 12 yang terbaru sekarang
ini. Jadi dengan versi percuma inilah, laman web anda akan di bina
dengan secantik-cantiknya, tidak kira samada anda mahu membina laman
web untuk perniagaan, laman web peribadi, laman web sosial, membuat blog dan sebagainya.
Tidak
seperti program canggih lain yang menghadkan jumlah laman yang boleh
dibuat, kita boleh membuat sebanyak mana laman sekalipun yang kita mahu
hingga ke firstchild dan seterusnya dengan program ini. Terdapat banyak
ciri2 yang tidak memerlukan kita mempunyai pengetahuan tentang
html(hypertext markup language), css (cascade style sheet) untuk
menjadikan laman web kita kelihatan seperti laman web professional.
Cara
membuat laman web sendiri dengan program ini sungguh mudah. Lagi pula,
tidak seperti sesetengah program percuma yang lain, yang meletakkan
tanda produk, watermark, atau logo produk mereka itu atau apa-apa lagi,
pada laman web kita, apabila kita upload kan laman web kita itu ke
server. Program ini pun ada juga logo mereka letak. Kalau baik hati,
biarkan saja. Jadi, dengan program buat website ini kita boleh memiliki
dan mengawal laman web kita sepenuhnya. Program ini akan back-up semua
projek kita secara automatik. Pastikan sebelum anda menutup program
ini, publish-kan laman web anda itu setelah membuat perubahan atau
penambahan padanya, bagi membolehkan program ini mengemaskini [update]
kandungan, data2 dll dalam laman yang anda bina itu. Memang penting
yang ni.
Dengan menggunakan program atau software ini, dari
bina laman web sendiri hinggalah ke peringkat muat naik (upload)
fail laman web kita tu ke server,ataupun web hosting, semua boleh
dilakukan dengannya. Ini kerana software ini terbina dengan perisian
FTP sekali. Kalau anda tak berapa faham cara-cara nya, boleh klik pada
ruangan help. Pada ruangan help ini terdapat segala penjelasan yang
kita boleh rujuk dengannya. Sekiranya anda ingin menggunakan perisian
ftp yang lain, dapatkan sedikit maklumat disini dahulu.
Program ini juga memudahkan kita memasukkan keyword, description, dan
perincian lain lagi ke dalam laman web kita tu. Tak perlulah kita masuk
ke html source, dan memasukkan tags2 meta ini. Kerana ini semua juga
penting.
Program/perisian/software
atau alat membuat website ni agak besar saiz dia kalau nak dibandingkan
dengan program percuma yang lain. Tapi, kalau lebih besar, maknanya
lebih banyaklah ciri2 nya,bukan? Bagi mereka yang mementingkan
ketulenan (originality), bolehlah mereka/design website kita itu
sendiri, sebagaimana yang kita mahukan. Tetapi sekiranya mahu
menggunakan templat, ada disediakan. Ada pelbagai templat disediakan
sekiranya anda menggunakan progam ini dan boleh memilihnya dengan cara
klik pada 'stlye', pilih templat yang anda mahu dan klik 'set style'.
Anda juga boleh memilih yang anda mahu sahaja buat website percuma.
Semua premade template ini walaupun agak simple, untuk tujuan belajar
mungkin boleh. Program ini akan menjana (generate) kod2 html bagi
setiap isi kandungan atau data yang anda masukkan kedalam website anda.
Dan anda tidak boleh edit kod2 ini. Tetapi anda boleh memasukkan kod2
html kedalamnya seperti untuk memasukkan kod2 html bagi aplikasi web
kecil seperti jam, web tracker, chatbox dan sebagainya yang boleh
didapati di luar sana. Panduan Tambahan
Dan ada yang beritahu, perisian membina laman web
ni selalu crash, ada yang cakap projek yang dia save, hilang.
Bagaimanapun ia belum pernah berlaku pada saya. Jadi, adalah lebih baik
untuk kita tidak membuka banyak aplikasi dalam satu2 masa. Atau lebih
baik jangan membuka aplikasi atau program lain semasa anda menggunakan
program ini. Dan sebab itulah penting untuk anda publishkan laman web
anda itu setelah membuat perubahan padanya. Hanya dengan cara ini
setiap perubahan/penambahan itu akan di kemaskini (update) pada laman
itu. Penting untuk optimize projek yang anda buat, untuk meningkatkan
keberkesanan file .nod itu supaya mudah untuk program ni membuka projek
kita. Cara-cara nya, pergi ke ruang site, klik pada tool, pilih
optimize. Memang penting yang ni terutama sekali bila page kita sarat
dengan kandungan. Program mungkin terhenti kalau kita tak jaga
registry. Jadi, rajin-rajinlah membersihkankannya. Kalau tak ada
registry cleaner dekat komputer tu, bolehlah ambil yang ini,
atau yang lain. Kalau performance komputer cantik,class A, registry tak
semak, apa-apa program yang kita buka pun takkan terhenti secara
tiba-tiba semasa buat laman web itu.
Memasukkan text, gambar dan
lain2 kandungan telah menjadi begitu mudah sekali dengan program buat
website atau bina laman web ini tanpa terikat pada fungsi jajaran saja
seperti yang terdapat pada kebanyakan web editor. Hanya klik pada icon
text (A) dan lebarkan (buat kotak text) pada bahagian mana anda mahu
text itu ditempatkan. Begitu juga dengan gambar. Ditambah pula dengan
fungsi drag and drop sepenuhnya yang membolehkan kita mengubah sebarang
kedudukan kandungan didalam laman kita ke sudut mana sekalipun. Anda
boleh copy gambar dari mana-mana folder dalam komputer anda, dan
paste-kan pada laman yang sedang anda buat. Pun boleh juga. Cukup mudah
!
Hanya klik pada preview site atau publish site untuk melihat
keadaan sebenar bagaimana laman web anda itu akan dilihat pelayar
(surfer) setelah berada didalam internet nanti. Secara default, program
ini menggunakan browser internet explorer bagi tujuan publish ini.
Adalah lebih baik sekiranya anda previeu laman web anda itu dengan
browser lainnya juga seoerti mozilla dan google browser. Cara anda
boleh menambah browser yang lainnya, sekiranya ada, untuk tujuan ini:
klik tools>option>application>preview>add. Dan, tentu
sahaja laman web anda akan kelihatan sama seperti yang anda buat kerana
program membina laman web ini sepenuhnya berlandaskan WYSIWYG (what you
see is what you get).
Lagi satu, disebabkan saiz fail untuk
program/perisian buat laman web percuma ini agak besar, pastikan tidak
ada gangguan pada connection kita semasa muat turun fail itu.
Program
membuat laman web ini mempunyai banyak ciri2 termasuklah ciri2 yang
mungkin anda tidak perlukan. Anda hanya perlu mencuba setiap satunya
untuk disesuaikan dengan kemahuan anda dan boleh merujuk pada ruangan
help sekiranya menghadapi kesulitan. terus membaca ?
(**Untuk
versi percuma ini anda perlu mendaftar secara online sewaktu proses
installing bagi mendapatkan nombor siri. Pastikan anda mempunyai email
sendiri. Nombor siri ini akan dihantar kealamat email anda sejurus anda
mendaftar. Jangan risau, ianya percuma. Tdk prlu mmasukkn mklmat pribdi
yg dmnta, skranya tdk mahu. Klik pada next, dan masukkn nmbor siri.)
|
 |
 |
|
CARA-CARA BUAT WEBSITE, PANDUAN BUAT WEB SENDIRI PERCUMA MENGGUNAKAN PERISIAN/SOFTWARE BINA LAMAN WEB CANGGIH
|
|
|