Ramai juga yang mempromosikan perniagaan mereka menggunakan blog. Dan begitu ramai yang tambah pendapatan melalui iklan percuma yang mereka tawarkan diblog mereka itu. Sekarang ni dah senang, nak upload gambar dari terus dari komputer pun boleh. Nak tambah page elemen banyak mana pun dah boleh.
Kalau guna gadget Picture di blogspot ini, gambar animasi tu jadi gambar biasa tanpa animasi. Jadi macam mana.. kena lah jugak buat buat sendiri..
Ade satu kaedah yang saya tahu, boleh anda gunakan :) Pertamanya gunakan fungsi widget HTML/Javascripts. Dibawah panduannya, setelah anda log in ke dashboard blog anda itu.
1. Klik pada Design. 2. Kemudian klik pada Add Gadget 3. Pilih HTML/JavaScripts 4. Masukkan title kalau nak. Dan pada bahagian Content, masukkan kod html dibawah ni.

5. Pada url http://www.membuatlamanwebsendiri.com itu, masukkan url dimana pelawat akan dibawa bila klik gambar tu. 6. Tentukan saiz gambar yang anda mahu pada height: 125; width: 125 7. Masukkan url untuk gambar banner anda itu pada http://oom.blog.googlepages.com/Banner2.gif 8. masukkan alternative text disini ; Teks ini akan menjadi pengganti kalau gambar tak keluar. 9. masukkan tajuk gambar jika mahu ; Teks ni akan keluar bila pelawat letak kursor tetikus pada gambar 10. Setelah itu, klik save.
Ianya akan jadi seperti 4 kotak iklan disebelah kanan blog ini. Sengaja saya buat 4 sebagai contoh. Walaupun agak berjarak antara atas dan bawah, ia terpulang pada anda untuk memilihnya.
Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, ianya memerlukan url gambar itu. Bermakna samada anda perlu upload gambar itu ke webhosting anda (kalau ada), atau gunakan cara lain seperti perkhidmatan picture hosting ke Kemudian ambik url gambar tu.
OK kita guna cara kedua iaitu menggunakan satu page elemen sahaja untuk beberapa ruang gambar banner iklan. Dibawah ini kod html untuk 3 ruang :) Ikuti Langkah 1 hingga langkah 4 seperti diatas. Kemudian masukkan kod html dibawah ini, sebagai ganti kod html diatas tu.

Kemudian, edit ia menggunakan panduan 5 hingga 10 diatas. Ruang untuk gambar tu akan jadi seperti di Blog ini, yang berada di bawah tajuk sponsor tu.
Semoga Berjaya.