 |
 |
|
DAFTARKAN URL / NAMA DOMAIN ANDA PADA ENJIN PENCARI
|
 |
 |
|
Panduan 4
Setelah anda membeli satu2 domain name, perlulah pula anda daftarkan domain name (url) anda itu. Terdapat banyak enjin perncari yang boleh anda daftarkan untuk nama domain anda termasuklah Ask.com (perlu sitemap), google, yahoo, dan lainnya. Anda boleh daftarkan nama domain anda pada semua enjin pencari yang anda tahu. Tetapi anda tidak digalakkan mendaftarkan domain name anda itu lebih daripada sekali pada satu2 enjin pencari. Dibawah ini merupakan tiga enjin pencari utama yang boleh anda daftarkan dengannya.
GOOGLE
BING (MICROSOFT)
YAHOO
Sekiranya anda mahu daftarkan UrL anda di tempat lainnya, mungkin anda perlu membaca terma dan syarat mereka terlebih dahulu. Penting yang ni. Ini kerana ada antaranya hanya membenarkan kandungan website berbahasa inggeris sahaja dan ada yang tidak membenarkan ada link affiliate pada website. Dan kebanyakannya hanya mahukan alamat email dan nama anda sahaja. Kemudian inbox anda anda akan dibanjiri dengan newsletters mereka. Anda sendiri sekarang ini mungkin sudah pening dengan spam yang anda dapat.
Bagi saya 3 enjin pencari utama diatas sudah mencukupi. Bagaimanapun atas faktor lainnya mungkin anda perlu men daftarkan nama domain website anda pada yang lainnya.
Dan untuk Ask.com pula agak berbeza kerana mereka ini tidak lagi menyediakan laman khas untuk submitkan url kita itu, sebagaimana google, yahoo dan bing diatas. Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Dan setelah anda daftarkan domain name anda itu pada enjin pencari ini, perlulah anda menunggu pula sehingga enjin2 pencari ini meng-index laman web anda, sebelum ia disenarai dan dapat dicari melalui internet. Ini adalah proses biasa yang dilalui oleh semua pemilik laman web. Mungkin sebagai rujukan, waktu mula-mula saya daftarkan url website ini pada google, ia mengambil masa lebih kurang 2 minggu sebelum ia di-index. Dan lebih dari 2 minggu bagi Bing dan Yahoo. Ada banyak rujukan di luar sana mengenai perkara ini tetapi pada akhirnya tentu anda mahu tahu bagaimana untuk memper cepatkan sedikit bagi supaya laman web kita itu di-index oleh bots ini. Secara ringkas, samada memasukkan link (url) laman web anda itu pada website yang kedudukannya berada di 10 teratas, atau daftar/masuk/letak/submit kan url anda itu pada directories percuma yg terdapat di luar sana. Terutama bagi google, top 10 website lebih kerap di-index berbanding yang dikedudukan terkebawah. Google bots atau spider ini, akan meng-index setiap kandungan pada satu2 laman web itu dan mengikuti setiap link (url) yang berada dalam laman web itu, serta turut meng-index nya secara tidak langsung.
Samalah perihalnya dengan enjin pencari Ask.com ini. Bots/spider atau web crawler mereka ini akan mengikut setiap link laman web yang aktif - ( cth ; www.membuatlamanwebsendiri.com <---- itu tidak aktif ; www.membuatlamanwebsendiri.com <----ini aktif ) pada setiap page yang diindex nya. Jadi anda bernasib baik sekiranya link untuk laman web anda berada pada laman web yang diindexnya. Bagaimana jika tidak,.. jadi anda boleh submit kan sitemap laman web anda itu. Sitemap ini haruslah dalam format .xml (sitemap.xml). Sekiranya anda tidak tahu membuatnya, ada laman web yang boleh lakukan semua itu untuk anda secara percuma. Anda boleh kesini- www.xml-sitemaps.com . Hanya masukkan url laman web anda pada kotak disana nanti dan ia akan menciptanya untuk anda. Kemudian anda boleh download ia, dan upload pula ke webhosting anda dahulu. Setelah itu, masukkan url sitemap anda didalam link ini ;
http://submissions.ask.com/ping?sitemap=http%3A//www.url_Sitemap_Anda_Disini.xml
Contoh: http://submissions.ask.com/ping?sitemap=http%3A//www.CeriaSelalu.com/sitemap.xml . Setelah itu, anda copy dan paste link itu pada browser address anda dan klik go, atau lain2. Itu sahaja sebenarnya.
Ada antara pemilik website yang tidak langsung mendaftarkan url mereka, tetapi website mereka turut di-index disebabkan link website mereka itu, berada didalam laman web lain, yang di-index oleh bots ini. Cuma, dengan tidak mendaftar, ia akan hanya membolehkan laman web seseorang itu ditemui di internet, tetapi tidak (mendapat?) ranking. Itu kata mereka diluar sana.. Dan ada juga pemilik website yg laman web mereka sudah boleh dicari di dalam internet dalam masa 1 hari sahaja. Ini bermakna lagi rajin anda mencari peluang untuk masukkan url anda pada laman web yang kerap di index, lebih cepatlah website anda di-index.
Sebagai permulaan anda boleh meletakkan url laman web anda itu pada forum-forum atau ruang iklan percuma yang kebanyakannnya memberi ruang kepada kita untuk meletakkan url kita itu sebagai pengumuman atau hebahan mengenai laman web baru. Dibawah ini ada saya copy dari website url forum dan iklan percuma yang boleh anda cuba. Atau anda boleh cari direktori percuma diluar sana untuk submit url laman web anda.
|
 |
 |
|
Panduan submit atau daftar url / nama domain anda pada enjin pencari
|
|
|