PANDUAN MENCARI/MEMILIH WEB HOSTING PANDUAN MEMILIH DOMAIN NAME
Panduan 2
Kebanyakan penyedia web hosting ada menyediakan kemudahan pendaftaran dan pembelian untuk domain name. Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza. Malahan ada yang memberikannya secara percuma sekiranya anda memilih mereka sebagai web hosts anda. Bagi saya ini lebih baik walaupun perlu mengambil kira faktor2 lain yang akan kita bincangkan nanti. Cuma kalau anda tak mahu orang lain tahu domain name itu milik anda, perlulah bayar lebih sikit. Anda boleh memilih untuk mendaftar dengan mereka atau secara berasingan. Baca lebih lanjut.
Web Hosting
Begitupun untuk panduan memilih web hosting, kita tidak boleh bercakap tentang kemampuan. Ini kerana lebih besar keperluan kita, lebih banyaklah yang kita perlu bayar. Jadi apa yang penting, dalam memilih pakej2 hosting yang banyak tersedia diluar sana, ia haruslah cukup pada apa yang kita perlukan.
RUANG SIMPAN
Bercakap tentang ruang simpan (storage), anda perlu melihat saiz fail laman web yang akan anda upload-kan ke server nanti. Video, muzik, menggunakan ruang yang besar. Dan sekiranya anda memilih server yang menawarkan web hosting percuma, mungkin anda tidak berpeluang pun untuk meletakkannya pada laman web anda. Ruang simpan bukanlah satu keutamaan dalam mencari web hosting yang berkualiti. Sekiranya anda mempunyai 100 laman sekalipun untuk website anda, tetapi dipenuhi hanya dengan text, saiznya mungkin hanya 5 megabytes sahaja. Sebaliknya walaupun anda hanya mempunyai 5 laman sahaja tetapi dipenuhi dengan video dan muzik, ia boleh mencecah lebih 100 gigabytes. Cuma apa yang perlu diambil kira mungkin anda mahu menambah kandungan laman web anda itu kemudiannya nanti.
KADAR PINDAHAN DATA, ataupun BANDWITDH
Bagi kadar pindahan data (transfer rate) pula, ia melibatkan banyak faktor dalam menentukan sebanyak mana bandwidth yang kita perlukan. Pakar matematik sendiri pun takkan dapat memberikan satu pengiraan yang tepat untuk anda untuk menentukan sebanyak mana yang anda diperlukan. Ramai daripada pemilik2 laman web sendiri terpaksa menukar (upgrade) pakej hosting mereka kepada pakej yang memperuntukkan data transfer rate yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Sebagai permulaan, mungkin anda boleh memilih pakej hosting yang asas dahulu. Ini kerana anda perlu melihat kepada jumlah pelawat (bulanan) yang masuk ke dalam laman web anda terlebih dahulu. Untuk tujuan anggaran,dengan jumlah pelawat ini, darabkan dengan saiz fail laman web anda (dengan andaian kesemua mereka ini ‘meneroka’ kesetiap laman yang ada didalam laman web anda). (dan saya disini mengandaikan yang anda arif akan unit-unit untuk bytes ini).
Sekali lagi, pengiraan sebegini hanya untuk tujuan anggaran sahaja. Tentu sahaja ianya takkan tepat !.
Dan pengiraan sebegini tidak termasuk faktor2 yang lainnya.
Jadi tentulah kita perlu mecuba pakej2 hosting yang asas dahulu bagi melihat kadar penggunaan bulanan untuk bandwidth anda. Bagi saya secara mudahnya, lagi popular laman web anda, lagi tinggilah penggunaannya.
KRITERIA LAIN
Pastinya juga kita mahukan web hosts yang benar2 berkualiti dalam servis yang ditawarkan. Antara faktor yang biasa kita dengar dalam memilih mana2 web hosts ini termasuklah dari segi security(keselamatan fail2 kita dari serangan hackers), data backup (sekiranya host mengalami kegagalan (hardware failure) yang boleh menjadi penyelamat kepada anda sekiranya anda tidak membuat sebarang backup untuk fail anda itu), uptime (termasuk network uptime, server uptime, service uptime) dan servis lainnya dan juga mesra pelanggan.
MAKLUM BALAS
Kita juga harus mencari review2 atau maklum balas serta komen daripada mereka yang pernah melanggan untuk satu2 web hosting yang ingin kita pilih. Dan komen2 ini sudah tentulah akan termasuk sekali komen pengalaman atau komen komisyen. Dan untuk mencari ruangan komen2 sebegini pun mungkin sudah menyulitkan kita. Dan mungkin atas kesedaran ini, ada diantara penyedia web hosting yang memaparkan review2 atau maklum balas yang mereka peroleh dari pelanggan2, pada laman web promosi mereka. Jadi terpulang kepada kemahiran penilaian anda.
WEB HOSTING PERCUMA
Sekiranya anda mempertimbang untuk memilih web hosting yang ditawarkan secara percuma, anda harus mempertimbang untuk membaca kandungan terma dan syarat mereka. Ada antara mereka mengenakan iklan pada laman web kita. Ada antaranya memerlukan kita untuk meletakkan banner mereka pada laman web kita. Ada juga yang mengenakan pop-up windows yang besar yang dipaparkan setiap kali sebelum pelawat dapat memasuki laman web kita. Ada juga yang mengenakan sekatan2 tertentu sebagai contoh ; tidak boleh meletakkan kandungan yang menggunakan bandwidth yang banyak. Tentu anda pernah melihat laman web sebegini. Tidak ada salahnya untuk memilih webhosting yang percuma selagimana anda tidak kisah website anda dipenuhi perkara sedemikian. Dan ada segelintir darinya meletakkan gambar 'baik punya' didalam laman web kita itu. Saya pernah dengar yang ni, dan pernah lihat pun. Walau apapun, ini semua sebagai ‘ganti rugi’ kepada kos yang perlu mereka tanggung untuk ruang yang diberikan pada kita.
Dan bagi saya ini lebih baik berbanding mereka yang memberikan perkhidmatan percuma tetapi tidak mengenakan sebarang ‘ganti rugi’ keatas kita. Ini kerana kita tidak tahu apa yang mereka mahukan. Dan tentulah kita tidak boleh mengharap yang mereka akan memberi perhatian sepenuhnya kepada kita sekiranya kita menghadapi masalah. Bagaimanapun, wajib anda membaca terma dan syarat mereka utk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
KNOWLEDGEBASE/TUTORIAL
Juga termasuk diantara faktor2 utama yang perlu kita titik beratkan dalam memilih web hosting adalah ruangan knowledgebase. Sebagai orang baru (termasuk saya sendiri pada awalnya), tentu kita memerlukan panduan. Di ruangan knowledgebase ini seharusnya mempunyai panduan, sebagai contoh, bagaimana untuk menggunakan cpanel. Atau, apakah kegunaan ciri2 yang ditawarkan pada pakej hosting kita itu dan bagaimana untuk menggunakannya?
TECHNICAL SUPPORT
Dalam konteks khidmat pelanggan mahupun technical support juga penting diambil kira bagi kita mengajukan permasalahan yang kita hadapi dan perkara2 yang tidak terdapat pada knowledgebase. Dan tentulah kita mengharapkan layanan yang memuaskan dan maklumbalas yang tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab permasalahan kita itu. Sekiranya anda memilih web host yang percuma, tentulah anda tidak boleh mengharapkan yang mereka ini akan berlari ke meja komputer untuk menjawab soalan anda. Dan sekiranya penyedia web host anda meletakkan dengan jelas yang technical support mereka 24jam sehari, 7hari seminggu atau selalu ditulis sebagai 24/7, mungkin anda boleh menghantar email pertanyaan pada pukul 2-3 pagi untuk melihat kebenarannya (saya tak pernah buat yang tu).
LOKASI / BAHASA
Di Malaysia sendiri terdapat banyak penyedia web hosting yang menawarkan ciri2 dan harga yang cukup menarik. Walaupun ada antara mereka sendiri merupakan reseller kepada syarikat2 hosting luar negara, bagi saya, sekurang-kurangnya pejabat mereka ada di Malaysia. Kalau mereka buat pasal, anda boleh kejar mereka. (saya tak pernah buat yang ni)
Dari segi technical support, mungkin ada diantara kita yang lebih suka berinteraksi dalam bahasa kita sendiri. Jadi terdapat banyak pilihan untuk penyedia web hosting yang boleh memberi technical support dalam bahasa Malaysia. Cuma mungkin kandungan laman web promosi mereka yang semuanya didalam bahasa inggeris. Mereka tidak mahu pasaran mereka terhad pada masyarakat kita sahaja. Takpe yang tu. Anda boleh cuba emailkan persoalan kepada mereka dalam bahasa Malaysia sebagai ujian terakhir sebelum anda beralih kepada web hosting yang lain.
Panduan Memilih Domain name. Apa itu domain name? atau nama domain? URL?
Seperti biasa secara mudahnya domain name atau nama domain adalah seperti satu alamat. Ianya satu alamat unik bagi satu2 file yang boleh diakses melalui internet. Ringkasnya begini.
Domain name saya ialah: www.membuatlamanwebsendiri.com. Url laman web saya ialah: www.membuatlamanwebsendiri.com Link ke laman web saya ialah: http://www.membuatlamanwebsendiri.com
Jadi sekiranya seseorang mahu melawat laman web saya secara terus, mereka perlu menaip www.membuatlamanwebsendiri.com pada alamat web/web address di browser mereka!.
Jadi apakah panduan bagi kita dalam memilih nama domain dan beli nama domain yang bersesuaian? Perlu anda tahu yg mana, nama domain juga memberikan impak dalam membuatkan laman web anda mudah dijumpai oleh pelayar. Tetapi kalau sekiranya tujuan anda membina laman web anda itu, bukannya bertujuan mendapatkan ramai pelawat, maka, tentulah kita mahu nama domain yang sedap didengar. Atau sebolehnya kita mahu meletakkan nama kita sendiri sebagai nama domain itu. Ini pun bagus juga.
Apapun, seperti anda, sudah tentu anda tidak jumpai website saya ini dengan menaip www.membuatlamanwebsendiri.com pada search box tadi. Boleh jadi anda hanya taip ‘buat laman web’, atau ‘buat website sendiri percuma’, atau ‘membuat laman web sendiri’ sahaja, dan dalam search result/keputusan carian anda itu, ntah macam mane ada termasuk sekali alamat website saya disitu. Walaupun banyak faktor lainnya, apa yg saye nak cerita ialah ianya sesuatu yang pasti salah satu sebab kenapa alamat laman web saya termasuk sekali dalam pencarian anda itu adalah kerana nama domain saya mempunyai perkataan-perkataan atau keyword yang anda taip, itu.
Dan begitulah juga perihalnya dengan isi teks/kandungan yang ada didalam laman web saya ini.
Semuanya memainkan peranan dalam mendapatkan ranking yang baik dalam search result, sewaktu pelayar menaip keyword tertentu pada search box.
Dan terlalu panjanglah jadinya untuk kita menelaah perkara-perkara ini secara mendalam.
Jadi dalam memilih nama domain yang sesuai, saya lebih suka memilih nama domain yang dapat menerangkan sedikit sebanyak mengenai apakah laman web saya ini, atas faktor2 diatas.
Jadi bagaimana pula kalau laman web anda tidak menerangkan satu2 topik secara khusus? bagaiman kalau laman web anda itu menerangkan tentang perniagaan, membuat laman web, sukan dan permotoran? perlukah saya letak nama domain seperti www.PerniagaanBuatlamanwebSukanPermotoran.com?
Webhosting adalah suatu tempat untuk menyimpan segala kandungan laman web seseorang seperti fail-fail, gambar, skrip, video dan sebagainya. Seseorang pemilik laman web selalunya akan menyewa ruang di webhosting ini bagi membolehkan laman web itu tersedia untuk jaringan luas dunia, atau World Wide Web (www), dan dapat diakses melalui capaian internet.
Secara luaran kita melihat webhosting ini seperti satu perisian elektronikatau lebih mudah seperti sebuah komputer seperti gambar dibawah
Webhosting yang juga dipanggil server ini mempunyai sambungan ke internet hampir-hampir 24 jam yang mana menjadikan ia lebih sesuai dijadikan host atau tuan rumah kepada laman web seseorang itu berbanding menggunakan komputer sendiri sebagai host/server.
Sudah tentulah ramai yang tidak mahu untuk memasang komputer mereka hingga hampir-hampir 24 jam sehari, selama satu tahun, beserta sambungan internet bagi membolehkan laman web mereka dijumpai pada bila-bila masa..
Ini kerana laman web kita hanya akan dapat diakses oleh pelayar apabila host atau server ini bersambung dengan internet.